Monday 31 March 2008

Tips Mencari Bakal Isteri


Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. ( Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a).

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu? Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar; sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki. Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. ( Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan kecundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. -Bidalan Serbia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu dihati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja. Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin bila dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Sunday 30 March 2008

Bagaimana Mengetahui Si Dia Adalah Jodoh Anda?


PERKAHWINAN adalah hubungan intim yang paling mencabar, namun ia juga sumber kegembiraan dan kepuasan jiwa. Bagaimanapun, suka untuk mencapai apa yang semua manusia mahukan daripada perkahwinan itu. Satu perkara buruk yang menjadi mimpi ngeri ialah perkahwinan yang tidak bahagia. Oleh itu, setiap keputusan untuk memilih pasangan hidup dan berkahwin adalah keputusan yang paling rumit untuk dibuat.

Boleh menerima perbezaan yang wujud pada pasangan anda

Ciri utama dalam perkahwinan bukan terletak pada keupayaan menyelesaikan perbezaan, tetapi kemampuan menerima dan menyesuaikan diri dengan perbezaan itu. Bagi sesetengah perkahwinan adalah penting suami isteri menerima perbezaan itu, malah mungkin ia menceriakan lagi kehidupan berumahtangga.

Misalnya, si isteri sukakan suasana rumah yang kemas dan teratur namun suami pula sering meletakkan barangan miliknya di merata tempat. Si isteri mungkin merungut tetapi menerima hakikat bahawa itu adalah tabiat suaminya.

Mengenali diri anda

Sebelum memilih pasangan hidup dan membentuk keluarga adalah berguna jika anda lebih menyedari kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Ia amat membantu dalam usaha anda memilih pasangan yang sesuai. Senaraikan kekurangan dan kelebihan diri supaya anda mendapat gambaran seimbang mengenai diri sendiri.

Anda juga boleh melakukannya bersama pasangan anda supaya dapat mengukuhkan lagi hubungan cinta anda. Ini membolehkan anda membuat andaian terlebih dulu apa yang akan berlaku jika anda mengahwininya serta merangka jalan penyelesaian yang sesuai.

Mengenali personaliti antara satu sama lain

Antara faktor yang sering dikaitkan dalam permasalahan perkahwinan adalah sikap mudah terasa atau sensitif. Di kalangan kita, kira-kira 15 peratus hingga 20 peratus adalah Manusia Terlalu Sensitif (MTS) dan selebihnya bukan MTS. Sikap ini ditentukan oleh keturunan dan bukan kerana dipengaruhi oleh apa yang berlaku di sekeliling kita dan wujud tanpa mengira jantina anda.

MTS biasanya mudah terasa apabila dikritik, namun mereka juga memiliki ciri positif seperti berfikir dulu sebelum bertindak dan sanggup menerima pandangan orang lain.

Kemungkinan ketara dalam perkahwinan antara MTS dengan bukan MTS adalah wujudnya percanggahan pendapat. Misalnya, apabila ingin membeli rumah, individu bukan MTS mahukan keputusan yang segera, manakala individu MTS mahu berfikir terlebih dulu, mungkin mengenai kemampuan membayar balik pinjaman, kesesuaian tempat dan sebagainya. Oleh itu, adalah bijak jika anda menetapkan terlebih dulu ciri teman hidup yang anda impikan.

Mengetahui masalah zaman kanak-kanak masing-masing

Antara punca wujudnya perkahwinan yang tidak bahagia adalah kemungkinan pasangan anda didera semasa kanak-kanak, sama ada secara emosi, fizikal atau seksual. Penganiayaan seperti ini akan menyebabkan seseorang itu sering mengalami tekanan perasaan walaupun sudah dewasa.

Biasanya individu seperti ini akan menghadapi kesukaran meneruskan kehidupan berumahtangga dan menyebabkan kesengsaraan hidup terhadap pasangan dan anaknya.

Anda patut berusaha mendapatkan bantuan pakar jika menghadapi masalah. Jangan cuba mengandaikan bahawa perkahwinan mampu menyelesaikan segala masalah anda. Masalah itu jika dibiarkan mungkin menjadi lebih buruk dan menjejaskan masa depan anda.

Mengetahui keupayaan dan kelemahan diri sendiri

Fikirkan dulu mengenai keupayaan dan kelemahan diri anda dari segenap sudut sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Jika anda lemah dari segi kemahiran dalam perhubungan anda mungkin mengalami tekanan untuk mewujudkan keharmonian perkahwinan. Malah, mereka yang mahir dalam perhubungan pun menghadapi cabaran dalam perkahwinan.

Ada pelbagai cara untuk menilai kemahiran perhubungan anda. Tanyalah diri sendiri sama ada mudah atau sukar untuk anda mengekalkan hubungan persahabatan. Jika jawapannya sukar, maka anda patut berusaha meningkatkan kemahiran perhubungan sebelum mendirikan rumah tangga.

Mengetahui keperluan penting hidup anda

Antara tujuan perkahwinan ialah untuk memenuhi keperluan bersama. Oleh itu, langkah seterusnya dalam menilai diri sendiri adalah mengetahui keperluan hidup yang penting bagi anda.

Saturday 29 March 2008

Pertemuan Pertama


PERNAHKAH anda mengaturkan janji temu dengan seseorang? Tidak kiralah orang itu seseorang yang anda kenali, ataupun juga belum pernah anda temui. Tentu saja semua inginkan sesuatu pertemuan istimewa berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.Tetapi bagaimana pula jika pertemuan itu tidak seperti mana yang anda inginkan dan membuatkan anda bertukar menjadi tidak selesa dan berperasaan ingin segera lari dan pulang ke rumah? Pastinya segala yang diimpikan menjadi suatu ‘mimpi ngeri’ yang harus dirahsiakan kepada umum.

Bersemuka kenalan baru tidak semestinya menjadi pengalaman indah seperti diimpikan lelaki atau wanita…

Tentu bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman membuat janji temu mempunyai banyak kisah tersendiri sepanjang menjayakan sesi bertemu seseorang itu. Apatah lagi bila mengenangkan pelbagai taktik biasa yang kerap kali digunakan ketika pertemuan itu dirancang.

Macam biasalah bila janji temu dilakukan pasti ada beberapa syaratnya yang ditentukan seperti warna pakaian, jenis potongan rambut, ketinggian, berat dan lokasi pertemuan. Sejauh mana seseorang itu mampu mengikuti syarat yang ditetapkan bergantung kepada kejujuran pasangan itu sendiri.

Itu belum lagi tindakan yang lebih ekstrim yang dirancang seperti menyuruh kenalan menyamar sebagai tuan empunya diri, semata-mata takut untuk berhadapan dengan pasangan buat pertama kali.

10 Cara Menggagalkan Pertemuan Pertama

1) Jangan menghantar gambar terkini
2) Jangan membuat sesuatu yang mungkin menarik perhatiannya
3) Datang lewat
4) Sering merungut
5) Bersikap kurang sopan
6) Sengaja meninggalkan dompet
7) Kerap membuat panggilan telefon
8 ) Asyik bercakap besar
9) Berkelakuan tidak senonoh
10) Berkongsi cerita tidak elok

Langkah penting untuk pertemuan pertama

  • Sentiasa menghormati pasangan dan menjadi pendengar yang setia.
  • Jangan sesekali meninggi diri seperti memiliki kedudukan kewangan yang kukuh, anda hebat, begitu sihat dan sebagainya yang boleh ‘mencacatkan’ kelebihan diri mu.
  • Sila matikan telefon bimbit bagi mengelak sebarang gangguan. Tindakan itu sedikit sebanyak membuktikan betapa anda begitu serius dan menghormati janji temu itu.
  • Gayakan penampilan mengikut kesesuaian umur anda. Janggal sesekali menggayakan penampilan yang anda sendiri malu untuk berada di khalayak.
  • Bersikap jujur.
  • Jangan sesekali menjadikan janji temu anda itu sebagai medan untuk membuka cerita isu semasa dan debat.
  • Harus tahu bila menghadiri temu janji

  • Tidak semua orang menyukai anda. Mengikut fakta, purata 95 peratus masyarakat tidak akan menyukai pasangan janji temu. Tentu kamu juga pernah berperasan begitu? Justeru, terimalah seadanya yang kemungkinan orang lain juga tidak boleh menerima anda di pertemuan pertama.
  • Jangan sesekali meletak harapan terlalu tinggi dalam pertemuan pertama.
  • Ingat fakta “no pain, no gain’? Dalam sesuatu pertemuan itu, ia lebih kepada ‘no risk, no gain’. Anggaplah jika tidak menghadapi sesuatu risiko, anda tidak akan berjaya.
  • Anda tidak akan berjaya sekiranya tidak bermain dalam ‘permainan’ di pertemuan pertama itu.
  • Cetuskan strategi untuk memenangi hatinya.
  • Sebelum mengaturkan janji temu

    1) Membaca akhbar atau majalah popular untuk mengetahui perkembangan terkini.
    2) Pilih lebih awal lokasi pertemuan bagi mengelak membuang masa membuat pilihan destinasi pertemuan.
    3) Sediakan profil lengkap butiran peribadi anda berserta dengan gambar. Pastikan gambar di ambil di kawasan yang cantik dengan pancaran cahaya yang terang.
    4) Pastikan hanya anda saja berada di dalam foto itu.
    5) Cuba untuk kelihatan bersikap terbuka.
    6) Pastikan penampilan anda kemas dan tidak selekeh.
    7) Tidak sesekali sibuk pada hari pertemuan diaturkan bagi memastikan anda tidak lewat tiba.

    Oleh Fairuz Zaidan

    Friday 28 March 2008

    Tanda Si Dia Bermain Kayu Tiga


    Tiada orang yang sanggup mengaku bahawa dia bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin. Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:

    Tiba-tiba jadi terlalu sibuk
    Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu. Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.
    Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda. Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

    Berubah menjadi terlalu setia dan romantik
    Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda.
    Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang je! las dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.

    Terlalu banyak berahsia
    Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

    Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

    Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.

    Berubah penampilan dan pendapat
    Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

    Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan.

    Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.

    Thursday 27 March 2008

    Menghargai Apa Yang Kekasih Tidak Mahu


    Kebanyakan teman wanita lebih mementingkan penampilan diri sehingga melupakan apa yg teman lelaki inginkan. Justeru itu, jgn salahkan teman lelaki kalau kebahagiaan kamu umpama telur di hujung tanduk. Sepatah kata, harus dijadikan pedoman dan kamu akan lebih dihargai sekiranya belajar menghargai apa yg pasangan tidak mahu kamu lakukan.

    Perhatikan adakah kamu tergolong seperti perkara yg dinyatakan:

    ~ Pura-pura bodoh walaupun kamu tahu penyelesaian sesuatu masalah. Kamu sengaja bersikap demikian atas alasan inginkan perhatian dari kekasih kamu.

    ~ Menangis keterlaluan hanya kerana perkara remeh.

    ~ Merajuk tak tentu pasal.

    ~ Segala hal peribadi yg patut diselesaikan sendiri, contohnya membayar bil telefon, mengambil baju di kedai dobi dan sebagainya sengaja diserahkan kepada kekasih.

    ~ Selalu bercakap dgn anda manja dan kebudak-budakkan.

    ~ Sering mereka2 cerita atau menimbulkan masalah dengan harapan kekasih kamu akan memberi perhatian yg lebih.

    Risiko yang akan kamu hadapi:

    Kekasih akan hilang hormat pada kamu
    Selama mana kamu bersikap begitu, kamu terus dianggap anak kecil bukan kekasih yg matang. Memang sesetengah kekasih senang dgn keadaan begitu tetapi ianya memberi kesan buruk pada mereka. Dalam semua segi, kamu dianggap sebagai teman wanita yg tidak pandai menghargai diri sendiri mahupun kekasih sendiri. Sebarang keputusan atau apa yg kamu lakukan tidak mungkin mendapat kepercayaannya melainkan dengan bantuan org lain.

    Kamu akan kehilangannya
    Hakikat ini nyata. Bayangkan bagaimana sabarnya seorang kekasih melayan karenah kamu, lambat laun akan jelak dan bosan. Sampai bila kamu harus bergantung kepadanya dan sampai bila pula dia harus sentiasa ada di sisi kamu utk memberi bantuan? Apabila persoalan ini akan bermain di fikiran kekasih kamu, ini menandakan satu hari nanti kamu akan kehilangannya.

    Wednesday 26 March 2008

    Tanda Lelaki Mabuk Cinta


    Tahukah anda bila lelaki benar-benar jatuh cinta? Apabila setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.

    Lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.

    Antara tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat termasuk:

    - Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

    - Sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

    - Banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.

    - Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

    - Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

    - Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering rasa curiga.

    - Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

    - Mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.

    - Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

    - Menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

    - Pandai merajuk kerana ingin dipujuk kekasihnya.

    - Menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

    - Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

    - Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

    - Kerap bertanya cinta kekasihnya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

    - Tidak melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

    - Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

    - Membanggakan kekasihnya depan orang lain.

    - Jika dia ditinggalkan kekasihnya, dia berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanya.

    - Apabila timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

    - Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

    Tuesday 25 March 2008

    Andai Cinta Hendak Diberi


    Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….

    1-Kuat agamanya.
    Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

    2-Baik akhlaknya.
    Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua begitu ketara.

    3-Tegas mempertahankan maruah.
    Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?

    4-Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

    5-Tidak boros
    Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

    6-Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

    7-Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

    8-Rakan pergaulannya.
    Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

    9-Bertanggungjawab
    Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

    10-Tenang wajah
    Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

    Monday 24 March 2008

    Kawal Fikiran Elak Cemburu


    CEMBURU naluri manusia yang sukar dibendung. Ada pelbagai sifat cemburu - ada yang positif dan negatif. Bila menyebut cemburu, pasti ramai menuding jari kepada wanita. Mereka menganggap golongan hawa kuat cemburu. Sebenarnya, sifat cemburu bukan hanya dimiliki wanita tetapi juga lelaki. Sifat cemburu ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan itu.

    Dalam kebanyakan perhubungan, terdapat banyak sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yang cemburu ini mengugut memutuskan hubungan dan pasangan berasa tergugat. Ada pasangan sedar yang sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tetapi tidak mampu mengawalnya. Mereka sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

    Apabila di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Siasat dan selidik tanda cemburu yang boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

    1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah dan kecewa bila kita tiada.

    2. Dia menelefon kita semasa mesyuarat dan apa pun alasan diberikan, dia tetap mahu bercakap dengan kita. Disebabkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi berasa geram kerana dia hanya ingin berbual semata-mata.

    3. Dia menuduh sesuka hati kita keluar dengan lelaki atau wanita lain.

    4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kita.

    5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

    6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya dan marah walaupun kita keluar dengan teman wanita/lelaki lain.

    7. Dia tidak suka ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.

    8. Dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi dan dengan siapa.

    9. Dia bermasam muka apabila kita kerja lebih masa.

    10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kita.

    Sekarang mari kita belajar cara mengatasi sifat cemburu ini.

    1. Terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.

    2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu.

    3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita? Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu saja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya.

    4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa singkat.

    5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita berasa cemburu. Marah, tidak tentu arah, menangis, geram, rasa malu, rasa bersalah atau bertindak kasar. Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepatlah berubah.

    6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia apabila dia senyum kepada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada wanita/lelaki lain?

    7. Ramai mempunyai perasaan dan masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain dan mahu pihak satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

    8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan,

    bijak dan baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.

    9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

    10. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang setiausaha cantik, kita patutnya ucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tidak kira sama ada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka.

    Sunday 23 March 2008

    Tips Memilih Calon Hidup


    Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

    Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

    1) Bersahaja

    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba
    perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.

    Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

    2) Senang bersama

    Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.

    Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

    3) Terima kita seadanya

    Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

    4) Sentiasa jujur

    Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia
    jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

    5) Percaya Mempercayai

    Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

    Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

    6) Senang Bekerjasama

    Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

    7) Memahami diri kita

    Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri
    pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

    8 ) Tampilkan kelemahan

    Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

    9) Kata hati

    Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita
    yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

    10) Mimpi

    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

    Saturday 22 March 2008

    Teknik Memelihara Perhubungan Dengan Insan Tersayang


    1.Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau
    didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

    2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

    3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anada buat itu melukakan hati si dia, seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.

    4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.

    5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

    6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

    7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.

    Friday 21 March 2008

    Persoalan Hati


    1. BILAKAH SI DIA MELAFAZKAN ‘ AKU CINTA PADAMU ‘

    Selalunya si dia akan melafazkan ungkapan sebegitu setelah si dia yakin kamu benar2 cocok dengan nya.Si dia mahu berlaku jujur dan kamu harus tahu meyelami isi hatinya. Adakalanya seseorang itu sukar untuk meluahkan melalui kata2. Tetapi gerak geri boleh menggambarkan perasaannya ketika itu. Maka kamu harus sentiasa peka dengan respons dan segala tindak tanduknya.

    2. BILAKAH SI DIA AKAN BERTANYA TENTANG LATAR BELAKANG KAMU !

    Jika si dia mahu mengenali kamu dengan lebih dekat lagi. pasti si dia akan bertanya tentang latar belakang kamu terutamanya berkenaan keluarga kamu, Pastinya si dia menjalinkan hubungan yang intim jika si dia endapat kamu yang terbaik untuk dirinya.

    3.BILAKAH SI DIA AKAN BERSIKAP CEMBURU DAN TERLALU MENGAMBIL BERAT TENTANG KAMU ?

    Jika si dia menyayangi kami dan tidak mahu kamu terlepas ke tangan orang lain, kedua sifat ini iaitu cemburu dan mengambil berat pasti ada dlm dirinya. Si dia takut kamu akan berpaling kasih dan seboleh-bolehnya mahu kamu menjadi miliknya mutlak.

    4. BILAKAH SI DIA AKAN MENDAHULUKAN KAMU DALAM HIDUPNYA ?

    Apabila terhadapnya kukuh, jujur dan kedudukan dirinya paling istimewa dalam bila si dia yakin cinta kamu hidup kamu. Si dia juga akan menjaga hati kamu dan sanggup berkorban apa saja. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan kesetiaan hatinya pula ya!

    5. BILAKAH SI DIA AKAN MENIMBULKAN SPEKULASI DALAM HUBUNGAN KAMU ?

    Tentu saja bila kamu dan si dia bercanggah pendapat, saling tidak jujur dan tidak meluahkan perasaan di hati, senario ini pasti terjadi. Setidak-tidaknya ia akan membuatkan hubungan kamu agak tegang dan berlaku salah faham antara kamu berdua. Jadi lebih baik terterus terang tentang apa yang kamu rasa jangan sembunyikan perkara- perkara yang patut dia tahu.

    Thursday 20 March 2008

    Tanda Lelaki Belum Bersedia Untuk Berkahwin


    1. Terus ‘tutup mulut’ apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga.

    2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.

    3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.

    4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna ‘ikatan’

    5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.

    6. Mudah bercinta dengan wanita lain.

    7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.

    8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna.

    9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda.

    10. Tidak menyimpan wang untuk berkahwin. Malah selalu berbelanja dengan boros tanpa perancangan masa depan.

    Wednesday 19 March 2008

    Kenapa Dia Curang?


    Sakitnya hati! Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!

    Hidup Terkongkong
    Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.

    Rasa Marah
    Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

    Rasa Rendah Diri
    Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!

    Sering Berjauhan
    Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

    Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
    Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

    Komunikasi Yang Hambar
    Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

    Landasan Hubungan Yang Rapuh
    Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!

    Merasa Tidak Dihargai
    Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

    Mahu Lebih Bahagia
    Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.

    Sikap Yang Mengada-ngada
    Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.

    Hubungan Terlalu Rutin
    Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

    Sikap Playboy!
    Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.

    Ada Orang Tidak Puas Hati
    Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

    Tuesday 18 March 2008

    14 Perkara Mengenai Lelaki


    Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

    Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

    Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

    Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

    Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

    1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

    Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

    2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

    3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

    4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

    5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

    6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

    7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

    8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

    9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

    10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

    11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

    12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

    13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

    14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

    Monday 17 March 2008

    Cuba Dapatkan Ex-Bf Anda Semula?


    10 Perkara JANGAN anda buat!

    Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan semula“boyfriend”anda? Betul…bukan senang nak dapatkan kembali ex-bf!

    Walau demikian, cukup ke persiapan anda untuk menawan hatinya kembali? Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang amat berbeza. Kebanyakan wanita (hampir semua sebenarnya) membuat langkah awal yang salah!

    Okay, baca dan fahamkan:

    1) JANGAN bergaduh dengan dia.Selalunya dengan ex-bf ni, bila anda bercerita dengannya, asyik bergaduh saja. Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan. Bergaduh dengan ex-bf anda amatlah tak berguna. Walau pun anda menang bila bergaduh mulut, kena tinggal tetap jugak kena tinggal!

    2) JANGAN cuba menggunakan logik untuk meyakinkan dia untuk teruskan perhubungan atau kembali kepada anda. Ingat ya, cinta itu berlandaskan perasaan, bukan logik! Macam mana betul, teguh, meyakinkan, bijak dan segala yang sewaktu dengannya pun logik anda itu..anda tetap jugak kena tinggal! Jadi, logik, jangan guna.

    3) JANGAN yakinkan/cuba meyakinkan ex-bf anda itu bahawa anda telah “berubah” atau “mulai sekarang keadaan pasti berubah”. Benda macam ini seolah-olah macam timba air keluar dari perahu bocor. Tak berjaya punya…perahu tetap jugak bocor.

    4) JANGAN asyik cakap yang anda cintakan dia. Dia TAK peduli pun! Apa yang dia peduli, berapa banyak yang dia cinta pada anda..bukan berapa banyak anda cinta pada dia!

    5) JANGAN merayu! Ya…jangan merayu. Saya tekankan ini sebab 98% perempuan akan merayu supaya ex-bf kembali padanya ( lelaki pun ramai jugak merayu supaya ex-gf dia kembali kat dia sebenarnya) .Lagi banyak, lagi kerap anda merayu…lagi jauh la dia tinggalkan anda!

    6) JANGAN cuba buat dia rasa bersalah bila tinggalkan anda. Sebagai contoh la ya..“Saya tak boleh hidup tanpa awak…”, “Jangan la tinggalkan saya/break dengan saya sekarang,exam dah dekat ni..”Cubaan dan ayat-ayat yang macam ini takkan berjaya, lagi cepat dia tinggalkan tu adalah…atau pun, dia buat tak tahu je..

    7) JANGAN berlakon sedih supaya dia rasa bersalah. Simpati dan kasihan tu TAKKAN sama dengan “tertarik” dan “keinginan” untuk kembali kepada anda.

    8 ) JANGAN bercakap dengan kawan-kawannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya. Walau pun kawan-kawannya sokong anda, cuba nasihatkan dia dan buat “plan” supaya dia kembali kepada anda dan berjaya. Selalunya tak lama! Sebabnya dia mesti kembali bersama anda atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini contohnya.

    9 )JANGAN menangis di hadapannya! (Ramai sungguh buat macam ni!) Okay…menangis la macamana pun…mungkin dia akan merangkul anda dengan mesra dan memujuk anda…tapi kemudian anda tetap juga kena tinggal dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain. Menangis terlalu banyak depan dia ke…dalam telefon bila bercakap dengan dia ke…itu semua hanya akan menunjukkan kepada dia bahawa dia berkuasa ke atas anda jadi…jangan buat!

    10) JANGAN desak dia supaya kembali kepada anda! Lagi anda desak, lagi anda cuba tarik dia…lagi jauh dia daripada anda.

    Semua perkara di atas adalah kesilapan biasa yang kerap dan ramai wanita buat semasa “break-up”. Buat perkara di atas ni walaupun satu sahaja…cerah peluang ditinggalkan terus oleh bf! Mungkin ramai yang dah alami perkara ini. Jadi nak buat macamana ya? Itu lain kali saya terangkan dalam artikel lain…sabar je la..

    Sunday 16 March 2008

    Menilai Makna Tersirat


    LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

    Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian.

    Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.

    Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

    Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

    Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

    Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.

    Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

    Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

    Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.

    Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.

    Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:

    - Dia sayang dan takut kehilangan anda

    - Dia mahu menguasai anda

    - Dia tidak mahu ada pesaingan

    - Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.

    Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.

    Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.

    Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.

    Kesimpulannya, wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya kelihatan kuat pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki, mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia bernama lelaki.

    Saturday 15 March 2008

    Mencari Kejujuran Pasangan


    Mengetahui bahawa pasangan kita tidak jujur terhadap kita tentu sahaja merupakan sesuatu yang menyakitkan. Selain itu, ketidakjujuran tersebut boleh menjadikan hubungan tersebut tidak sihat dan hilang kepercayaan.

    Memang benar pada beberapa situasi, berbohong lebih baik daripada mengatakan yang sebenarnya. Namun terhadap pasangan haruslah jujur. Sekali sahaja anda berbohong, maka ia akan menjadi satu kebiasaan . Sekali berbohong maka anda akan mencari alasan lain lagi untuk menutupi kebohongan yang pertama, yang boleh menimbulkan stres. Menurut seorang ahli psikologi Amerika, berbohong boleh diterima, tetapi tidak dengan orang yang dicintai.

    Jika anda tidak dapat menemukan kebenaran daripada pasangan, pada siapa lagi anda dapat memperolehinya? Meskipun kejujuran kadang-kadang memang menyakitkan dan membuat stres, tetapi untuk jangka panjang anda tidak akan mendapatkan kepercayaannya tanpa ada kejujuran dalam suatu hubungan. Mark Meadows, dari Institut San Diego mengatakan seseorang boleh mengetahui apakah pasangannya sedang berbohong atau tidak dengan mengamati hal-hal seperti di bawah.

    1. Kontak Mata Sewaktu Berbicara

    Tataplah matanya sewaktu berbicara sehingga anda akan tahu dia jujur atau berbohong. Orang yang sedang berbohong pasti tidak tahan bila ditatap matanya.

    2. Bahasa Tubuh

    Dengan mengamati bahasa tubuh pasangan sewaktu dia berbicara, anda akan mengetahui apakah dia jujur atau tidak. Seperti gugup ketika berbicara, berkeringat atau tidak tenang saat berbicara.

    3. Tidak Komitmen Pada Apa yang Dikatakannya

    Jika pasangan anda berjanji untuk menemani anda pergi tetapi dia selalu sahaja membatalkannya, maka anda perlu curiga terhadap alasannya. Jika anda menemui adanya kebohongan dalam hubungan, janganlah panik. Memang kejujuran akan sukar sekali dibina kembali apabila anda pernah tidak jujur. Menurut Meadows, tahap pertama untuk memberi maaf adalah memahami mengapa pasangannya berbohong pada anda. Barangkali dengan berbohong itu dia bermaksud melindungi bahkan membahagiakan orang lain. Mungkin saja suatu saat suami anda berbohong mengenai apa yang dikatakan ibunya mengenai anda. Tetapi jika kebohongan pasangan kerana untuk menutupi suatu skandal atau hubungan dengan orang lain, tentu anda sukar menerimanya.

    Apabila anda merasakan tidak dapat lagi mempercayai pasangan, anda harus mengutarakan hal ini kepadanya. Cubalah untuk jujur dalam situasi apa pun terutamanya terhadap pasangan tercinta.

    Friday 14 March 2008

    Ketahui Ciri-ciri Lelaki Beristeri


    Ramai gadis ketika ini terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami orang. Walau bukan itu yang dimahukan namun kerana lakonan dan permainan lelaki yang cukup mantap, si gadis akhirnya jatuh cinta dan terjerat dengan hubungan sebegini.

    Bila status lelaki diketahui, ramai yang merasakan ia sudah terlambat, hati sudah pun terlanjur mencintai dan amat sukar untuk melepaskan dirinya. Akibatnya ada gadis yang sanggup menjadi madu atau mengambil lelaki yang sudah menjadi milik orang lain. Adakah ini kesudahan yang dimahukan oleh anda yang belum berumahtangga?

    Jika tidak, panduan berikut mungkin berguna. Langkah pertama untuk mengelak berhadapan dengan situasi ini ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri. Lelaki yang sudah beristeri sebenarnya ada ciri-ciri yang tersendiri. Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuannya agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta.

    Selain itu ia penting juga supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.
    Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga anda. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.

    1. Elak topik tertentu
    Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan membuat hubungan mata dengan anda atau memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut-takut. Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.

    2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya
    Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.

    Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.

    3. Tidak sepenuhnya kepada anda
    Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.

    Jika anda dapat merasakan kegelisahan ini maka dengarkanlah suara hati anda. Selain itu anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.

    4. Lihat jarinya
    Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai. Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.

    5. Berahsia
    Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.

    6. Beri alasan
    Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak. Sebagai contoh, si isteri mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah maka jangan haraplah si dia akan masuk ke situ bersama anda walaupun anda mengajaknya berulang kali.

    7. Tidak akan keluar pada hari minggu
    Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.

    8. Bersikap tenang
    Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan mereka akan resah dan bingung. Namun ada lelaki tenang saja, bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan.

    9. Anda curiga
    Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang maka percayalah pada rasa hati anda itu.

    Sekiranya setelah membaca tips ini anda yakin pasangan anda sekarang adalah lelaki beristeri, maka tanyalah terus-terang pada dirinya. Sekiranya dia mengaku dan berjanji akan menceraikan isterinya jangan sesekali mempercayai kata-kata tersebut. Kemungkinan untuk dia melakukan adalah terlalu kecil.

    Thursday 13 March 2008

    Menjaga Kehebatan Diri Dalam Pergaulan


    Jangan Ada Benci Di Hati

    Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketuajabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

    Kaedah Mengikis Benci

    Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?

    Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

    Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

    Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

    1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

    2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

    3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

    4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

    5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

    6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok
    berinteraksi dengan kita.

    7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.

    8 ) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

    9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

    10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

    11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

    12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

    13) Pamerkan simpati kepada setiap individu- individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

    14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

    15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

    16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

    Terlebih Dahulu Baiki Diri
    Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

    Ingatlah pesanan seorang sarjana:
    “Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.”

    Wallahu’alam

    Wednesday 12 March 2008

    Tips Menyemarakkan Cinta


    1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).

    2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.

    3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.

    4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .

    5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.

    6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.

    7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.

    8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.

    9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.

    10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

    Tuesday 11 March 2008

    Tips Dating Internet


    Banyak sudah kita dengar berbagai-bagai keburukan akibat ‘dating’ setelah berkenal-kenal di alam siber. Inilah sebahagian langkah berjaga-jaga. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah kena.

    1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.

    2. Gunakan e-mel, YM, ICQ atau IM terlebih dahulu untuk berkomunikasi. Jangan terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.

    3. Cuba bertanya soalan-soalan yang boleh membantu anda mengenali mengenai seseorang terlebih dahulu , sama ada dia merupakan pasangan yang anda cari.

    4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.

    5. Sentiasa simpan maklumat yang pasangan baru anda beritahu mengenai dirinya dan pastikan maklumat-maklumat tersebut tidak berubah apabila anda bertanyakan di waktu lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap benar atau tidak.

    6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat-niat tertentu bersikap demikian. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat oleh orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.

    7. Jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih banyak orang yang berpura-pura dalam Internet.

    8. Jangan memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.

    9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja. Apa yang penting maklumat seperti apa yang anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat kerja anda. Jaga-jaga jika individu tersebut mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

    Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama

    1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.

    2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali-kali pergi seorang diri.

    3. Pastikan makanan dan minuman yang anda minum bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.

    4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa merupakan orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan-soalan yang biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.

    5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.

    Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya

    1. Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.

    2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.

    3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.